Penderitaan manusia bukan hanya datang dalam bentuk penyakit. Ia juga datang dalam bentuk mereka yang kehilangan rumah dan tidak mampu membayar bil mereka
Gangguan ekonomi kerana krisis wabak koronavirus secara langsung akan memberi kesan yang lebih besar daripada risiko kesihatan terhadap orang ramai. Sekiranya virus itu secara tidak langsung telah dijangkiti keatas diri anda, kemungkinan besar akan terjadi dengan bermulanya anda terpaksa tidak dapat ke pejabat dan kerja anda terhenti, ini membolehkan majikan anda untuk tidak membayar gaji atau perniagaan anda terganggu.
Minggu ini saja, Trillion dolar AS telah dihapuskan dari pasaran kewangan dan ini hanyalah permulaan awal, jika kerajaan AS tidak melakukan sesuatu. Dan jika Presiden Trump terus tidak memberikan kesan dalam pengendalian situasi terkini, ini mungkin akan menjejaskan peluangnya dalam pilihan raya akan datang untuk beliau dilantik semula. Joe Biden khususnya telah mengenal pasti bahawa wabak koronavirus Covid-19 sebagai satu kelemahan didalam pentadbiran Trump, harapan kepimpinan beliau ” mantap, meyakinkan ” adalah yang sedang diperlukan oleh warga Amerika sekarang.
Di seluruh dunia, Covid-19 telah membunuh 4,389 orang dengan 31 kematian di AS tercatat sehingga hari ini. Ia akan melumpuhkan ekonomi dalam angka jutaan Dolar AS, terutamanya krisis ini telah memberi kesan buruk dengan kejatuhan bermula dengan pasaran saham, perang minyak antara Rusia dan Arab Saudi dan peperangan di Syria akan meningkatkan lagi krisis imigrasi pelarian.
Kita mungkin dapat melihat kembali bahawa wabak koronavirus sebagai salah satu bebenang awal yang tidak dapat menjangkakan bahawa ia boleh menggangu ekonomi global. Berlakunya krisis ini, jika ada perniagaan yang baru dan semakin meningkat akan terkesan serta bakal mengalami kejatuhan yang amat teruk.
Memerangi virus itu sekarang adalah amat penting – ia juga sama penting dalam mempertahankan ekonomi global yang terkesan daripada pandemik ini telah menyebabkan panik diseluruh dunia. Tekanan perasaan terhadap manusia boleh datang dalam bentuk penyakit atau kematian. Ia juga boleh dialami dengan tidak dapat membayar bil atau kehilangan rumah anda.
Perniagaan kecil-sederhana khususnya sedang bergelut kerana rantaian bekalan akan berkurangan, meninggalkan mereka tanpa produk atau bahan-bahan penting. Penutupan kilang di China telah menyebabkan rekod terendah pada Indeks Pengurusan Pembelian negara yang mengukur pengeluaran. China adalah pengeksport terbesar di dunia dan sebagai pembuatan industri dunia, jika terjadi masalah di China akan memberi kesan terhadap global – bahkan ini juga termasuk dalam perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China sebelum ini.
Semua ini menjadikannya lebih membimbangkan bahawa kerajaan terus melihat ini sebagai krisis kesihatan, bukan ekonomi global. Sudah tiba masanya untuk pakar ekonomi mengambil alih sebelum pandemik sebenar menular.
Sukar untuk membayangkan Itali bakal memasuki fasa kemelesetan (ekonomi ke sembilan terbesar di dunia kini dalam perintah berkurung). Ia juga sukar untuk membayangkan keadaan yang akan menjejaskan Eropah dan rakan dagangan terbesar iaitu Amerika Syarikat. Kita akan melihat bagaimana semua ini bakal menambah kelembapan ekonomi global, kecuali kerajaan melakukan langkah yang lebih pantas dan cekap dari sebelum ini semasa krisis kewangan 12 tahun yang lalu.
Pertaruhan kali ini lebih tinggi kerana seperti ada usaha yang terancang untuk melemahkan ekonomi di kebanyakkan negara-negara Barat, ini memperingatkan kita pada polisi perdagangan yang agresif oleh keangkuhan Trump sebelum ini.
Walaupun China kini menanggung beban daripada kesan kos ekonomi dan krisis koronavirus, Beijing akan melihat ada aspek yang baik dari sebahagian besar peristiwa buruk dalam kelemahan ekonomi AS yang meningkat serta perang perdagangan Trump kelihatan semakin meningkat tanpa penghujung.
Hampir kesemua ini disatukan dengan kesan wabak koronavirus, perang minyak Rusia-Saudi juga meletus. Dalam jangka masa pendek, kedua-dua pihak menanggung penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus dalam masa satu hari. Tetapi di Amerika, perniagaan gas syal tidak boleh terjejas kerana proses pengeluaran ini akan menjadi lebih mahal dan banyak sektor minyak Amerika Syarikat akan terhenti sekiranya harga minyak berada di paras terendah apabila berlaku penurunan harga minyak global secara mendadak, kesan akan mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan dan mungkin juga kemelesetan ekonomi.
Presiden Trump meluluskan pemotongan cukai gaji – langkah-langkah ini akan membantu kedua-dua belah pihak majikan dan pekerja. Di UK, Canselor Rishi Sunak memperkenalkan ‘ Bajet Koronavirus ‘. Setiap orang perlu berfikir dengan positif jika mereka betul-betul ingin menangani bagaimana faktor baru ini mengubahkan keadaan.
Apa yang berlaku kini ada krisis yang lebih besar selain wabak koronavirus, harga minyak, atau bahkan ekonomi global. Ini adalah mengenai keseimbangan kuasa antara Timur dan Barat. Timur Tengah, Syria menjadi pusat konflik sejak 10 tahun yang lalu. Selepas satu dekad konflik peperangan, kini menjadi semakin parah dari perang proksi menjadi kepada konflik ekonomi.
Negara-negara kuasa besar Rusia dan China menyaksikan apa yang dilihat oleh ramai pihak sebagai tidak releven atas campur tangan Amerika di Syria. Dan kini mereka cuba untuk mengukuhkan visi mereka tentang pusat kuasa dunia. Daripada membenarkan sekutu AS, Arab Saudi memimpin pasaran minyak menjadi kartel OPEC, Rusia dan China mahu membentuk semula pasaran global – dan keseimbangan kuasa supaya untuk memberi kelebihan terhadap mereka.
Untuk bertahan krisis yang sedang melanda, Amerika Syarikat, UK dan lain-lain perlu melindungi masa depan perniagaan mereka, besar atau kecil dan mencari peluang untuk mendapat manfaat daripada dunia ekonomi yang baru ini tanpa menafikannya. Mengabaikan sebarang perubahan ini akan mengakibatkan ekonomi menjadi lebih parah daripada kesan pandemik global yang sedang melanda.
Omar Hassan – UK:MENA Hub
