Beberapa soalan dan isu yang sering ditemui oleh pelanggan kami. Jika anda tidak menemui sesuatu yang anda perlukan dalam senarai dibawah, sila hubungi kami di live chat.
SOALAN LAZIM YANG ANDA CARI?
Dokumen apa yang diperlukan bagi mendapatkan pengesahan?
-
Satu salinan Kad Pengenalan – gambar yang jelas (Nama , Alamat dan No KP)
-
Bil – bil utiliti (seperti: Bil Elektrik, Bil Air, Bil telephone) yang terkini hendaklah tidak melebihi daripada tempoh 6 bulan – gambar yang jelas . Jika tiada, Penyata bank atau Lesen Memandu juga diterima.
Mengapa saya perlu mengesahkan akaun saya?
Pengesahan akaun adalah langkah untuk memastikan kesahihan maklumat anda dan melindungi klien kami daripada penipuan. Ia akan memastikan bahawa transaksi anda selamat. Kami amat mengesyorkan untuk menyerahkan semua dokumen yang diperlukan sebelum membuat deposit pertama anda.
Berapa lamakah tempoh pengesahan dokumen?
Tempoh Pengesahan akan mengambil masa sekurang-kurangnya selama 24 jam.
Saya terlupa kata laluan ‘Ruangan Klien’ saya. Apa yang saya perlu lakukan?
Untuk mendapatkan kata laluan, sila pergi ke laman log masuk http://my.xsocio.com/crm/, klik “Forgot Password“. Kemudian masukkan alamat e-mel anda (emel yang berdaftar), seterusnya klik butang hantar. Anda akan menerima kata laluan baru melalui emel. Sila membuat pertukaran kata laluan yang baru secepat yang mungkin.
Berapa banyak akaun yang boleh di buka?
Anda dibenarkan untuk membuka sehingga 20 akaun dagangan pada satu masa.
Berapa banyak jenis akaun yang anda tawarkan?
Kami menyediakan lima akaun dagangan seperti Akaun Cent, Pro, Classic, ECN dan XSocio.
Apakah leverage yang anda tawarkan?
Kami menyediakan leverage fleksibel dari 1: 1 hingga 1: 300
Adakah anda membenarkan lindung nilai?
Ya, anda dibenarkan melindung kedudukan anda dalam akaun dagangan. Setiap kali anda membuka beli dan menjual kedudukan secara serentak dan pada saiz lot yang sama, tiada margin akan diambil pada akaun anda.
Bolehkah saya menarik balik wang jika saya mempunyai kedudukan dagangan pada masa ini?
Anda hanya layak mengeluarkan jumlah “Margin Percuma” dalam akaun anda.
Berapa lama deposit dan pengeluaran berlaku?
Tempoh proses deposit dan pengeluaran akan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit ke 24 jam.
Adakah terdapat yuran yang diambil semasa pembiayaan /pengeluaran?
Untuk kad kredit, Neteller dan Bank Wire caj adalah bergantung pada pembekal, dari pihak kami tidak mengenakan apa-apa caj.
Bagaimana untuk menetapkan semula kata laluan akaun dagangan saya?
1. Masuk ke kawasan pelanggan anda menggunakan e-mel dan kata laluan.
2. Navigasi “Perdagangan” dan pilih “Senarai Akaun”
3. Pilih Akaun Dagangan anda
4. Rujuk kepada “Tindakan Tindakan” di sebelah kanan untuk menukar kata laluan baru.
Tidak jumpa jawapan yang dicari?
Sebarang pertanyaan, Anda boleh menghantar emel ke support@xsocio.com. Kami akan memberi maklum balas berkaitan pertanyaan anda dalam tempoh 24 jam.