PENGENALAN DAGANGAN PASARAN KEWANGAN (1)

Sekiranya anda baru bermula untuk berdagang dalam pasaran kewangan, pemikiran pertama adalah “Bagaimanakah untuk saya bermula?”, Ramai pedagang baru akan bermula dengan akaun dagangan demo tetapi mereka tidak tahu setiap fungsi dan ciri platform dagangan tersebut. Pemahaman bagi setiap pedagang untuk memahami asas-asas dagangan adalah sebagai titik permulaan yang penting. Dalam artikel ini ada dua bahagian akan meliputi ciri-ciri utama perdagangan, pelbagai instrumen kewangan yang boleh didagang serta beberapa konsep seperti belian dagangan (Going Long) dan jualan (Going Short), platform perdagangan, permulaan modal dan apa yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang berjaya.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PELABURAN & PERDAGANGAN?

Melabur dan berdagang adalah dua perkara yang berbeza dan kedua-duanya juga akan mendapat keuntungan dari pasaran kewangan. Ramai orang yang baru pada dunia kewangan boleh dikelirukan tentang apa perbezaan diantara keduanya. Di sini kami akan menerangkan apa yang dimaksudkan antara pelaburan dan perdagangan.

PELABURAN

Matlamat pelabur adalah membina nilai aset mereka dengan membeli dan memegang portfolio saham, bon, dana atau lain-lain instrumen untuk dilaburkan.

Kebiasaan pelaburan akan mengambil jangka masa yang panjang selama bertahun-tahun atau bahkan beberapa dekad adalah untuk mereka mendapat manfaat dari faedah tertentu seperti pembayaran dividen, bayaran kupon dan faedah lain. Apabila nilai pasaran jatuh, ramai pelabur akan berpegang kepada pelaburan mereka dengan jangkaan bahawa harga mampu melantun semula. Oleh itu, pelabur sentiasa memandang nilai jangka panjang pada pelaburan mereka dan tidak terkesan dengan turun naik dalam pasaran.

Pelabur mengambil pemilikan fizikal instrumen yang telah mereka beli. Sebagai contoh, jika seorang pelabur membeli saham dalam syarikat, mereka akan memiliki sebahagian dari syarikat itu secara fizikal dan akan menerima sijil pemilikan. Seorang pemegang saham akan dapat keistimewaan tertentu seperti hak mengundi pada tindakan korporat dan juga manfaat daripada pembayaran keuntungan dividen.

PERDAGANGAN

Perdagangan adalah membeli dan menjual instrumen kewangan dengan matlamat untuk mengatasi pelaburan “buy-and-hold”. Tidak ada pemilikan aset asas dan pedagang kebiasaan hanya membuat spekulasi mengenai pergerakan harga.

Oleh itu, pedagang boleh mendapat untung daripada kejatuhan pasaran dan juga yang semakin meningkat. Seorang pedagang boleh membeli aset seperti pelabur tetapi mereka juga mempunyai kemampuan menjual instrumen tanpa memilikinya. Ini dikenali sebagai jualan singkat dan antara sebab mengapa ramai orang terutamanya tertarik untuk berdagang. Ia adalah konsep utama untuk difahami dan merupakan sebab utama mengapa pedagang dapat mengungguli pelabur. (Kami akan membincangkan membeli dan menjual secara lebih terperinci kemudian.)

Walaupun pelabur sering berpuas hati dengan pulangan tahunan sehingga 15% bergantung kepada elemen risiko pelaburan, sesetengah pedagang mampu berusaha untuk membuat pulangan yang berlipat ganda, kerana mereka boleh mendapat keuntungan daripada penurunan dalam pasaran serta peningkatan kerana keupayaan dagangan dua hala.

Tempoh masa pedagang mempunyai kedudukan terbuka dari beberapa saat hingga ke tahun. Jangka masa ini sepenuhnya terpulang kepada mereka dan ia berkaitan dengan pelan objektif, saiz akaun, profil risiko dan masa yang mereka boleh komit untuk berdagang. Dagangan memerlukan lebih banyak pendekatan berbanding melabur dan penilaian tetap terhadap keadaan pasaran adalah penting apabila pedagang mempunyai kedudukan terbuka.