USD / CAD mencecah paras tertinggi dua bulan di atas 1.3300 kesan daripada kejatuhan minyak mentah
USD / CAD meningkat semasa sesi Amerika dan naik ke tahap 1.3302, paras tertinggi sejak awal Disember akhir hari Isnin. Ia berdagang sekitar 1.3300, peningkatan keuntungan paling banyak dalam sehari untuk hari keempat berturut-turut.
WTI menurun kebawah, DXY meningkat mengambil keuntungan
Penurunan harga minyak mentah memainkan peranan penting dalam penurunan matawang loonie. Harga WTI turun 2.65%, kepada $ 50.00 setong, antara dalam tahunan yang terendah. Faktor pengurangan permintaan minyak mentah dari China sebanyak 20% disebabkan oleh wabak koronavirus, telah memberi kesan dengan ketara keatas harga minyak mentah. Kemuncak pada 8 Januari harga di atas $ 65.00, setong itu telah kehilangan $ 15 dan tinjauan teknikal mencadangkan akan ada keberangkalian tinggi terus menghadapi kerugian.
Pemulihan keatas dolar AS juga menambah kekuatan kepada USD / CAD. Indeks Dolar AS (DXY) telah naik 0.42%, pada hari Jumaat akhir minggu dagangan. Indeks itu meningkat kepada 97.80, bergerak jauh dari paras dua minggu yang terendah sehingga minggu lalu. Data perkilangan AS juga lebih baik daripada jangkaan dan ini menyumbang kepada kenaikan dolar AS.
Laporan Analisis Teknikal 27th – 31st Jan 2020 – USDCAD

