Trump mencetuskan ketegangan dengan China, Euro jatuh, Laporan ADP Non-Farm Payroll dalam perhatian
Berita hari ini – hari Rabu, 6 Mei 2020:
Suasana pasaran bercampur dengan dolar AS dan yen meningkatkan keuntungan mereka sementara minyak terus melonjak serta pasaran saham optimis. Presiden AS Donald Trump terus menimbulkan ketegangan dengan China dan laporan ADP NFP malam ini dalam perhatian.
Serangan White House terhadap China, menyatakan koronavirus itu mungkin bermula dari makmal di Wuhan, satu tuduhan kontroversi. Perjanjian perdagangan antara ekonomi terbesar di dunia itu kini dipertaruhkan.
Presiden Trump menyatakan akan memberi fokus untuk membuka kembali sektor ekonomi. Beliau mengulas bahawa dia mahu ekonomi kembali normal walaupun risiko jangkitan wabak koronavirus masih tinggi. Lebih 70,000 orang mati akibat wabak ini di AS dengan beberapa negeri keadaan semakin baik dan dijangka secara beransur-ansur kembali normal.
Indeks Pengurus Pembelian ISM menjunam kepada 41.8 mata pada bulan April, namun lebih baik daripada yang dijangkakan. Komponen data pekerjaan merosot kearah 30, menunjukkan kehilangan pekerjaan yang besar. ADP, penyedia gaji terbesar di Amerika akan melaporkan angka pekerjanya pada hari malam Rabu dan dijangka lebih 20 juta kehilangan pekerjaan. Data ini juga berfungsi sebagai petunjuk untuk NFP Jumaat ini.
Euro sedang berusaha untuk bertahan setelah mahkamah perlembagaan Jerman menganggap sebahagian daripada QE Bank Pusat Eropah sebagai tidak sah. Mahkamah tinggi EU mengatasi kuasa negara masing-masing dan ECB menentang dan bersumpah untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan. Walaupun begitu, matawang Euro terus di bawah tekanan dan diperdagang bawah 1.0850.
PMI Perkhidmatan Zon Euro untuk bulan April kemungkinan akan memberi gambaran kemelesetan. Negara-negara zon euro secara beransur-ansur akan meringankan sekatan bermula tetapi di parlimen Sepanyol masih berdebat untuk melanjutkan perintah darurat dan Jerman mempertimbangkan untuk menyerahkan kuasa kepada setiap negeri.
Jumlah kematian UK COVID-19 hampir 30,000 orang telah mengatasi negara Itali. Perdana Menteri Boris Johnson sedang mempertimbangkan untuk meringankan kawalan tetapi kebanyakan rakyat Britan masih berwaspada. Dewan Perniagaan Britain mengatakan bahawa kebanyakan perniagaan boleh kembali normal dalam tempoh beberapa hari.
Angka pekerjaan New Zeland untuk suku pertama dengan Kadar Pengangguran berada pada 4.2%. Kiwi terus meningkat. Aussie meningkat dengan laporan angka Jualan Runcit akhir untuk bulan Mac dengan lonjakan 8.5%.
Harga minyak didagang rendah selepas pemulihan yang mendadak. Inventori minyak pada malam ini. Pengeluar minyak di Texas enggan mengkoordinasikan pemotongan pengeluaran.
Cryptocurrency dagangan Bitcoin sekitar $ 9,000.