Minggu baru kes koronavirus terus meningkat, Dolar AS vs matawang asing yang lain, Rangsangan Ekonomi AS dalam perhatian
Berita hari ini – hari Isnin, 23 Mac 2020:
Peningkatan kes dan kematian wabak koronavirus berterusan serta di samping kegagalan ahli politik Amerika Syarikat untuk membuat perjanjian mengenai rangsangan fiskal memberikan tekanan pada pasaran global. Niaga hadapan AS mencecah had paras bawah bersama saham Asia dan pasaran bon mendapat permintaan. Penurunan hasil AS memberi tekanan pada dolar AS berbanding matawang asing yang lain dengan EUR / USD kini di atas 1.07 dan USD / JPY turun di bawah 110. Greenback juga semakin lemah terhadap mata wang komoditi, minyak terus jatuh dan emas tertekan di bawah $ 1,500.
Koronavirus telah meragut nyawa lebih daripada 14,000 orang dan telah menjangkiti lebih daripada 330,000 orang. Jumlah kematian di Itali meningkat hampir 6,000 orang. Ekonomi ketiga terbesar di zon euro mengumumkan sekatan yang lebih ketat dengan menutup sektor perindustrian. Jumlah kematian di Sepanyol juga meningkat dengan cepat dan kerajaan terpaksa mengumumkan darurat sekurang-kurangnya sehingga 11 April.
Canselor Jerman, Angela Merkel berada dalam pengasingan diri selepas doktor yang bersama beliau di uji positif untuk Covid-19. Beliau telah mengumumkan kawalan larangan pergerakan yang lebih ketat. Laporan Keyakinan Pengguna Eurozone akan diumumkan hari ini dan dijangka menunjukkan kejatuhan yang ketara. Ahli-ahli Bank Pusat Eropah mengatakan lebih banyak akan dilaksanakan selepas pengumuman pada minggu lalu dengan pembelian bon baru berjumlah € 750.
Di UK, Perdana Menteri Boris Johnson akan mengumumkan langkah-langkah yang tegas untuk menguatkuasakan kawalan orang awam selepas melanggar perintah pada hujung minggu lepas. London mengumumkan akan memberi bantuan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan.
Koronavirus di Amerika Syarikat kini mencapai 35,000 kes, yang ketiga tertinggi di dunia selepas ujian dilakukan dan menunjukkan peningkatan mendadak. Fed James Bullard, cawangan di Saint Louis berkata kadar pengangguran boleh mencecah 30% dan Keluaran Dalam Negeri Kasar boleh jatuh sebanyak 50% dengan pelan penutupan yang dirancang. Bullard berkata semua ini dalam perancangan manakala Neel Kashkari dari Minnesota, berkata bahawa Fed mempunyai lebih banyak rancangan untuk krisis kali ini.
Senat Demokrat mengundi menentang rang undang-undang rangsangan fiskal yang dibawa oleh Republikan. Demokrat menentang bantuan kewangan yang tiada had. Laporan itu berskala besar yang boleh mencapai melebihi $ 2 trilion dolar dan akan melibatkan bon 50 tahun yang akan dibiayai oleh bank pusat.
Menteri kewangan dan bank pusat G-20 akan mengadakan sidang video hari ini dan dijangka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan.
Bank of Japan menawarkan ¥ 800 bilion operasi repo kedalam pasaran. Tokyo sedang mengalami tekanan untuk membatalkan Sukan Olimpik yang akan berlangsung pada akhir bulan Julai.
NZD / USD: Bank Rizab New Zealand mengumumkan program QE sementara kerajaan melancarkan larangan kawalan pergerakkan pada negara itu. NZD / USD salah satu matawang yang mengalami kerugian terbesar, hampir jatuh sekitar 1%. Reserve Bank of Australia juga memulakan QE pada minggu lepas.
Crypto meningkat pada hujung minggu. Bitcoin berdagang di atas $ 6,000.
4 Langkah Sebelum Anda Mula Trading (Episod 1) – Shah Mohammad
Analisis Teknikal – Intra-day – 23 Mac 2020 – Isnin
CFD: DXY – US Dollar Index
CFD: XAUUSD – SPOT GOLD
OIL: WTI USOIL
FOREX: EURUSD
FOREX: GBPUSD
FOREX: AUDUSD
FOREX: USDJPY
FOREX: USDCAD
Pertandingan Perdagangan Ulang Tahun Ke-4 oleh XSocio Market
Traders XSocio Markets, “Peraduan Ulang Tahun ke-4” ini akan menjadi peluang terbaik untuk memenangi hadiah.
XSocio Markets, sebuah broker FX dan CFD dalam talian yang diasaskan pada tahun 2016, meraikan ulang tahun ke-4 dengan memberikan hadiah wang tunai 10,000 USD.
Dana hadiah peraduan ialah 10,000 USD:
• Tempat pertama 5,000 USD
• Tempat ke-2 2,000 USD
• Tempat ke-3 1,000 USD
• Tempat ke-4 500USD
• 5 – 10 250USD
Klien baru dan sedia ada XSocio Markets boleh menyertai promosi ini.
Bermula 16th Mac hingga 16th Mei 2020
Daftar di laman www.xsocio.my
XSocio Markets
#YourWealthExpert
#AnniversaryContest