Hari ini Sidang Kemuncak G20, Data CPI AS dalam perhatian Dolar AS tertekan
Berita hari ini – hari Jumaat, 10 April 2020:
Dolar AS terus mengalami tekanan dalam perdagangan sesi Asia awal Jumaat dan juga dagangan yang tipis kerana cuti ‘Good Friday’. Peningkatan Tuntutan Pengangguran AS dan pengumuman stimulus tambahan daripada Fed mengekalkan paras dolar AS. Kebanyakan pasaran dunia utama akan kekal ditutup pada hari Jumaat.
Pasaran matawang, Jangkaan dagangan tipis pada hari ini dengan USD / JPY sekitar 108.50 AUD / USD meningkat kearah 0.6350 manakala Kiwi menguji paras 0.6100. USD / CAD jatuh di bawah paras 1.4000 meskipun kelemahan harga minyak.
EUR dan GBP meningkatkan keuntungan dengan dolar AS yang melemah. Matawang Pound meningkatkan tawaran yang baik di atas 1.2450 selepas mendapat berita menggembirakan tentang PM Boris Johnson telah keluar dari rawatan unit intensif.
Eurogroup bersetuju melancarkan pakej rangsangan ekonomi untuk menangani krisis koronavirus yang bernilai setengah trilion Euro. EUR / USD meningkat antara 1.0920-50.
Harga emas didagangkan sederhana di bawah $ 1690, jangkaan menunggu laporan CPI AS untuk bergerak di atas 1700.
Harga minyak mentah merosot pada dagangan awal dan berada dalam fasa pembetulan harga. Walaupun OPEC + bersetuju dengan pemotongan output 10 juta bpd yang akan berkuatkuasa Bulan Mei, tetapi Mexico menolak terhadap kesepakatan kali ini. WTI terus junam kembali di bawah $ 23, kejatuhan hampir 8%.
Statistik yang berkaitan dengan krisis koronavirus di seluruh dunia tetapi akan diberi perhatian dengan mesyuarat menteri tenaga G20 dan hari kedua mesyuarat OPEC+.
Crypto dagangan Bitcoin kembali di bawah paras $ 7000.
Membina Strategi Dagangan Forex – Analisa Teknikal (Episod 8)
