Q2 2020 bermula kebimbangan pasaran terhadap krisis koronavirus terus tinggi, data-data AS dalam perhatian minggu ini
Berita hari ini – hari Rabu, 1 April 2020:
Hari April Fool, pasaran masih berada dalam keadaan suram. Pasaran saham Asia dan niaga hadapan S & P menurun pada awal suku kedua, suku pertama 2020 adalah yang paling teruk sejak 2008.
Dolar AS meningkat pada penutupan suku pertama. Presiden Donald Trump telah mengeluarkan amaran bahawa dua minggu tempoh perintah kawalan pergerakkan akan diperketatkan lagi sementara penasihatnya membincangkan jangkaan anggaran kematian di AS. Terkini hampir 190,000 orang telah dijangkiti di AS dengan jumlah kematian tertinggi iaitu 4,000 orang. Washington, Rumah Putih sedang menimbangkan rancangan untuk memotong tarif sebagai langkah pelonggaran polisi yang lain.
EUR / USD berada di bawah tekanan dengan jumlah kematian di Sepanyol dan Perancis terus meningkat, sementara jangkitan di Itali semakin stabil. Indeks Pembelian Pengeluaran Akhir bagi bulan Mac dijangka berlaku penguncupan sederhana. Negara-negara zon euro tetap menentang ‘bon corona’. Perancis, Itali, dan Sepanyol mahu skim perkongsian hutang, sementara Jerman dan Belanda menentangnya.
GBP / USD berdagang mendatar di bawah 1.24 UK terus mengalami peningkatan kes-kes wabak koronavirus. PMI Pengeluaran UK Akhir dijangka menunjukkan penurunan.
Beri perhatian pada Data AS pada malam ini iaitu laporan pekerjaan sektor swasta ADP dijangka akan menunjukkan kehilangan sekitar 150,000 pekerjaan.
China, PMI Pengilangan Caixin pada 50.1 menunjukkan pertumbuhan dan sejajar dengan angka kerajaan.
Harga minyak di paras terendah dengan dagangan WTI pada $ 20. Arab Saudi dan Rusia sedang mempertimbangkan untuk membincangkan harga petrol selepas melancarkan perang harga awal tahun ini.
Crypto dagangan Bitcoin sekitar $ 6,300.