Dolar AS didagang lebih rendah pada awal minggu pertama Disember dengan data yang dilaporkan tidak memberangsangkan dan kini Rizab Persekutuan AS mungkin dapat menentukan langkah greenback yang seterusnya. Kesatuan Eropah Lagarde akan mengetuai keputusan bagi kadar faedah ECB yang pertama dan di parlimen UK pilihan raya kali ini akan menentukan sama ada Johnson atau Corbyn akan menang.
Indeks Pembelian Pembuatan ISM AS jatuh tidak mencapai jangkaan dan menunjukkan bahawa sektor perindustrian AS masih bergelut. Perbincangan perdagangan China-Amerika seolah-olah tiada hasil. Di UK, Parti Buruh seakan mampu memenangi keatas Parti Konservatif tetapi masih mempunyai banyak faktor untuk bertahan.
- KDNK UK : Selasa. Laporan Produk Domestik Kasar bulanan biasanya mendapat kurang daya tarikan berbanding suku tahun, laporan kali ini untuk bulan Oktober dan yang terakhir sebelum pilihan raya mungkin mampu memberi impak. UK terlepas dari kemelesetan pada suku ketiga apabila laporan menunjukkan berkembang sebanyak 0.3%. Walau bagaimanapun, dua bulan yang lalu menyaksikan pengecutan kepada -0.2% pada bulan Ogos dan -0.1% pada bulan September. Selain daripada itu, ia boleh menjejaskan peluang Parti Konservatif untuk menang dan dengan itu jangkaan pound akan jatuh.
- Sentimen Ekonomi ZEW Jerman : Selasa. Laporan ini sama seperti KDNK UK, EUR/USD sering menolak tepi kaji selidik perniagaan ZEW. Namun, laporan ini sebelum keputusan kadar pertama ECB Christine Lagarde sebagai Presiden Bank Pusat Eropah. Sentimen Ekonomi berada pada -2.1 untuk bulan November – ada peningkatan berbanding sebelum ini – tetapi masih dalam zon negatif. Jangkaan kali ini, ia boleh menyeberangi zon sifar dan mencerminkan keyakinan bagi laporan terakhir untuk tahun 2019.
- Inflasi AS : Rabu. Laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) dikeluarkan beberapa jam sebelum keputusan kadar Federal Reserve dan mungkin memberi kesan kali ini. Lihat kembali pada bulan November, data CPI teras agak kecewa dengan penurunan 2.3% setiap tahun, kehilangan momentum selepas beberapa bulan yang teguh. Core PCE – pengukur inflasi penting bagi Fed – kini turun kepada 1.6%, semakin jauh dari sasaran 2%. Jangkaan angka yang sama akan dicapai. CPI Bulanan naik sebanyak 0.2% dan dijangka sama.
- Keputusan Fed : Rabu, Selepas tiga kali potongan kadar berturut-turut, Bank Pusat yang paling berkuasa di dunia telah menetapkan untuk tidak melakukan apa-apa buat masa ini tentang kadar faedah seterusnya pada mesyuarat terakhir 2019. Jerome Powell, Pengerusi Federal Reserve, baru-baru ini mengatakan bahawa dia melihat ekonomi mempunyai harapan dan keyakinan terhadap pasaran. Walau bagaimanapun, tidak semua data dan penunjuk ekonomi berada ditahap yang positif dengan pengilangan merosot. Fed akan komen mengenai inflasi dan pekerjaan iaitu memberi respons kepada NFP pada minggu lepas akan menjadi tumpuan.
- Pilihan raya UK : Khamis. Pemilihan tamat pada pukul 22:00 dan keputusan penuh pada keesokan pagi Jumaat. Warga Brits akan dipanggil untuk mengundi untuk kali keempat dan selepas hanya separuh daripada penggal parlimen. Dewan parlimen yang masih membincangkan tentang Brexit dilihat sebagai alasan utama Perdana Menteri Boris Johnson yakin memilih untuk pilihan raya pada musim sejuk. Para pelabur menyokong Parti Konservatif untuk memenangi majoriti besar yang akan membawa kepada ratifikasi kesepakatan Brexit dan dasar mesra terhadap pasaran. Jeremy Corbyn, pemimpin Buruh, ingin merundingkan semula dengan versi yang lebih lembut untuk meninggalkan EU dan membenarkan referendum. Walaupun pasaran ingin membatalkan Brexit sama sekali, mereka tetap takut kepada ketidakpastian rundingan semula perjanjian itu. Kepemimpinan kerajaan atau kerajaan minoriti yang akan muncul dan yang paling penting, dasar-dasar Corbyn. Berikut adalah lima senario:
1) Majoriti seperti 68 undian yang dijangkakan oleh YouGov dalam pungutan suara MRP, akan memberi hasil optimum dan akan menghantar sterling naik lebih tinggi.
2) Majoriti kecil juga boleh memberi impak positif, tetapi jika Johnson bergantung pada hard brexit, GBP / USD akan jatuh selepas kenaikan pada awalnya.
3) Ketiga adalah parlimen tergantung dan Tories berebut untuk membuat perjanjian dengan Parti Kesatuan Demokratik Utara Ireland (DUP). Kali ini, kelompok kecil ini mungkin akan menuntut lebih banyak daripada perjanjian sebelumnya dengan pendahulunya Theresa May. Walau bagaimanapun, jika kerajaan dibentuk, sterling boleh meningkat selepas kejatuhan awal.
4) Pilihan keempat ialah Parti Buruh boleh membentuk gabungan atau kerajaan minoriti. Sekiranya Demokrat Liberal berada dalam kedudukan untuk mewujudkan kerjasama dengan PM yang berbeza berbanding Corbyn, kejatuhan awal pound boleh diikuti dengan peningkatan.
5) Terakhir adalah jika Corbyn memasuki Downing Street. Dalam kes ini, sterling boleh jatuh.
Pilihan raya di UK diadakan ketika pasaran terbuka dan kerajaan baru boleh dibentuk pada hari Jumaat, turun naik pasaran mungkin berlaku sepanjang malam dan juga sepanjang hari Jumaat. - Keputusan kadar Switzerland : Khamis, Bank Negara Swiss telah memegang kadar Libor tidak berubah selama hampir lima tahun. Ia telah berjanji untuk melakukan campur tangan dalam pasaran dengan kadar pertukaran untuk melemahkan franc tetapi masih bertahan untuk tidak melakukannya pada beberapa tahun kebelakangan ini. Ia mungkin akan kekal seperti dalam mesyuarat yang akan datang. Sebarang perubahan mungkin memberi impak bukan sahaja franc tetapi juga euro. SNB masih tidak mengubah polisi nya terhadap QE.
- Keputusan ECB : Khamis. Christine Lagarde akan mengetuai untuk mengumumkan keputusan kadar buat pertama kali dimana perselisihan yang semakin meningkat terhadap dasar monetari bank yang longgar. Walaupun Lagarde yang berpendapat kearah dovish dan menyokong QE dengan kadar faedah yang rendah, ucapan beliau pada penampilan umum yang pertama juga dengan nada tenang. Lagarde juga bertujuan untuk membawa perpaduan keatas bank dan tidak mungkin membuat keputusan radikal. Walau bagaimanapun, pengalaman politiknya yang luas, bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa itu mungkin akan memberi komen yang tidak diingini dalam sidang akhbar pertamanya.
- Jualan runcit AS : Jumaat. Walaupun pasaran akan sibuk dengan perkembangan politik di British, laporan penggunaan ini sangat penting dan dijangka mampu untuk menggerakkan dolar AS. Data jualan terdiri daripada 70% ekonomi AS dan petunjuk bagaimana jualan pada Black Friday juga agak menarik. Jualan meningkat sebanyak 0.3% pada bulan Oktober manakala jualan teras meningkat sebanyak 0.2%.