Kekuatan Dolar AS kukuh walaupun tarikh perbincangan antara AS dan China semakin dekat. Pound Britain melonjak naik apabila perbincangan Brexit kian pudar, dan euro pulih selepas pengumuman rangsangan dari ECB. Apa yang akan berlaku pada minggu ini? Pengumuman dari Rizab Persekutuan AS antara tumpuan untuk minggu ini, serta sebarang keputusan dari BOE dan BOJ akan diperhatikan.
Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan perjanjian interim dengan China – dan untuk pasaran, ia sama seperti perjanjian penuh. Dolar AS dan Yen Jepun berundur dan mata wang lain dilihat kehadapan. Pound melonjak naik kerana rang undang-undang yang direka untuk mencegah Brexit telah menjadi akta undang-undang dan pemilihan awal telah dicegah. EUR / USD mencipta double-bottom apabila ECB memperkenalkan rangsangan baru, memantul kembali dalam pasaran yang turun kemudian naik. Data AS terbaru memuaskan, dengan peningkatan inflasi, jualan runcit bercampur, dan pemulihan dalam sentimen pengguna.
- Pengeluaran Perindustrian China : Isnin. Ekonomi kedua terbesar dunia mengalami pertumbuhan yang paling perlahan dalam pengeluaran industri pada bulan Julai, dengan pengembangan hanya 4.8%. Peningkatan kepada 5.2% dijangka. Data ini mempunyai kesan sehingga diluar sempadan China kerana ia memberi kesan kepada sentimen global.
- Sentimen Ekonomi ZEW Jerman : Selasa. Pengumuman awal institut daripada kira-kira 300 pelabur dan penganalisis telah jatuh mendadak dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Ia mencecah ke paras terendah -44.1 mata pada bulan Ogos – mencerminkan pesimisme yang besar. Ahli ekonomi menjangkakan kenaikan kecil kepada -38 mata, tetapi masih menunjuk kemelesetan kepada ekonomi terbesar di serantau benua itu.
- Angka inflasi UK : Rabu. Indeks Harga Pengguna Britain berlegar di sekitar pada tahap 2% – mencapai sasaran Bank of England – selama beberapa bulan. Selepas dikejutkan dengan kenaikan tahunan 2.1% pada bulan Julai, penurunan kepada 1.8% dalam jangkaan buat masa sekarang. Dalam kes inflasi yang jatuh baru-baru ini, antara memberi BOE tekanan untuk menaikkan kadar pada masa yang akan datang. Walau bagaimanapun, kejatuhan pound pada bulan Ogos mungkin telah mendorong harga kearah yang lebih tinggi.
- Keputusan Fed : Rabu. Rizab Persekutuan dijangka menurunkan kadar faedah sebanyak 0.25% untuk kali kedua berturut-turut. Walaupun hubungan Amerika Syarikat dan China baru-baru ini semakin baik, ketegangan perdagangan telah menganggu pasaran global dan data pasaran kerja dilaporkan peningkatan pekerjaan yang lebih rendah sebelum ini. Pasaran harga Dolar AS kini bersedia di paras untuk pengurangan kadar faedah yang seterusnya, tetapi Pengerusi Jerome Powell belum bersedia daripada cadangan ini untuk diteruskan. Walau bagaimanapun, inflasi teras semakin meningkat dan pengguna AS kekal teguh – antara sebab untuk tidak melakukan potongan kadar yang lebih lanjut. Reaksi dolar bergantung kepada Fed – jika Fed membuat ramalan untuk kadar faedah masa depan. Sekiranya Jerome Powell dalam sidang akhbarnya menurunkan lagi potongan kadar faedah, Dolar AS mungkin akan naik. Cadangan terbuka untuk kadar pemotongan pada bulan Oktober dan pada bulan Disember mungkin memberi kesan yang besar kepada matawang ini.
- New Zealand GDP : Rabu. NZ hanya mengeluarkan angka Keluaran Dalam Negeri Kasar sahaja – tanpa sebarang perubahan – menjadikan setiap keluaran data ini besar impak untuk dolar kiwi. Selepas melaporkan kadar pertumbuhan 0.6% pada suku pertama, pengembangan berkemungkinan menjadi sederhana kepada 0.4% pada suku kedua. RBNZ baru-baru ini memotong kadar sebanyak 50 mata asas dan ditetapkan mengekalkan pada masa ini kecuali jika ada risiko kemelesetan.
- Laporan kerja Australia : Khamis. Aussie menikmati peningkatan yang mengagumkan dalam jawatan pada bulan Julai sebanyak – 41,100. Peningkatan 15,200 lebih rendah adalah pada kad untuk bulan Ogos. Kadar pengangguran dijangka kekal tidak berubah pada 5.2%.
- Keputusan kadar Jepun : Khamis. Bank of Japan hanya mempunyai masa beberapa jam untuk mencerna keputusan Fed sebelum ia membuat keputusan sendiri. Walaupun kadar faedah negatif telah mencederakan bank perdagangan, terdapat peningkatan tekanan ke atas institusi yang berpangkalan di Tokyo untuk mengurangkan kadar faedahnya dari -0.10% kepada -0.20%. BOJ bersaing dengan Fed dan dengan ECB yang kedua-duanya mengurangkan dasar monetari mereka. Gabenor Haruhiko Kuroda dan rakan-rakannya mempunyai sedikit alat dalam gudang mereka.
- Keputusan kadar UK : Khamis. Bank of England tidak melakukan sebarang tindak pada dasarnya hanya kerana masih terikat kerana Brexit. Walaupun pertumbuhan upah pekerja masih kukuh dan BOE ingin menaikkan kadar untuk memerangi inflasi, BOE mungkin perlu mengurangkan kadar jika UK meninggalkan EU tanpa kesepakatan dengan bebanan ekonomi. Jangkaan keputusan September ini BOE akan meninggalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 0.75%. Undian sebulat suara juga adalah pada kad.