Konflik tarif perdagangan AS-China yang masih berterusan antara punca naik turun mendadak pada pasaran minggu lepas dan perkara ini dijangka akan berterusan. Antara tumpuan pada minggu ini adakah data AS kekal teguh? Inflasi, jualan runcit, dan yang paling penting ucapan Powell.
Apa akan berlaku pada pasaran dalam hubungan perdagangan AS-China? Ucapan daripada Peter Navarro yang kurang yakin atau Larry Kudlow yang sentiasa optimis? Penasihat-penasihat Presiden Donald Trump menyebabkan naik turun ini di pasaran, sementara Trump masih belum memutuskan untuk menurunkan tarif dan membuat perjanjian dengan China atau menangguhkan lagi perang perdagangan ini. Data PMI ISM AS agak optimis dimana ia menunjukkan bahawa daripada pengguna boleh menarik pengeluaran daripada kearah kemerosotan. Laporan zon euro yang suram dan pesimis Bank of England menekan matawang Euro dan Pound. Aussie dalam tekanan apabila keengganan RBA untuk menaikkan kadar, dan Loonie mengalami kemerosotan pada laporan pekerjaan di Kanada.
- GDP UK : Isnin. Ekonomi UK menguncup pada suku kedua apabila penangguhan yang lama berkaitan Brexit dan melembabkan ekonomi. Pertumbuhan dijangka meningkat dalam laporan untuk suku ketiga. Data ini diserap kedalam pilihan raya dengan angka yang lebih baik meningkatkan peluang majoriti kepada Parti Konservatif sementara jumlah yang mengecewakan akan memberi peluang kepada pihak pembangkang iaitu Parti Buruh.
- Laporan kerja UK : Selasa. Laporan penting yang kedua dari Britain dijangka menunjukkan pasaran pekerjaan yang lebih baik. Kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.8% pada bulan September, sekitar paras terendah dalam sejarah. Manakala pertumbuhan upah gaji dijangka bertahan pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 3.9% – jauh diatas kadar inflasi sebanyak 1.7%.
- Keputusan kadar New Zealand : Rabu. Reserve Bank of New Zealand telah menurunkan kadar faedah sebanyak 0.75% tahun ini selepas tempoh tenang yang panjang dan mungkin akan melakukannya sekali lagi – mengurangkan lagi 25 mata asas dan menetapkan Kadar Tunai Rasmi pada 0.75%. Kenaikan kadar pengangguran kepada 4.2% telah membimbangkan pembuat dasar polisi di Wellington.
- CPI UK : Rabu. Harga tenaga jatuh dan peningkatan dalam nilai Pound menyebabkan penurunan dalam inflasi – dari 1.7% hingga 1.6% dalam laporan untuk bulan Oktober. Kejatuhan sedemikian akan memberikan pendirian BOE kearah dovish. Bank mensasarkan kadar 2%. Indeks Harga Pengguna ditetapkan untuk kekal tidak berubah pada 1.7%, sementara Indeks Harga Runcit dijangka turun dari 2.4% kepada 2.2%.
- CPI AS : Rabu. Walaupun Rizab Persekutuan telah menyebut inflasi yang lebih rendah sebagai salah satu sebab utama untuk mengurangkan kadar faedah, tetapi harga meningkat. CPI meningkat kepada 2.4% pada September dan dijangka kekal pada tahap itu sekali lagi pada bulan Oktober.
- Ucapan Powell : Rabu dan Khamis. Jerome Powell, Pengerusi Rizab Persekutuan telah memberi isyarat bahawa tiada pemotongan kadar faedah seterusnya selepas berlaku tiga kali berturut-turut. Walau bagaimanapun, jangkaan untuk menaikkan kadar pada masa akan datang nampaknya lebih tinggi daripada memotong. Dalam ucapannya pada hari Rabu dan juga respon panjang kepada ahli parlimen pada kedua-dua hari tersebut, Powell dijangka akan memberikan pandangan terkini. Selain daripada laporan inflasi baru-baru ini, komen Powell tentang laporan pekerjaan terkini juga menarik perhatian. Beliau juga akan membincangkan dasar perdagangan tetapi mungkin akan mengelak komen yang sensitif berkenaan politik.
- Laporan kerja Australia : Khamis. Aussie mempunyai kadar pengangguran yang rendah sebanyak 5.2%, tetapi RBA tidak puas hati dengan laporan ini. Tahap yang sama mungkin akan berulang dalam laporan untuk bulan Oktober. Angka perubahan pekerjaan dijangka menunjukkan kenaikan 16.2K kedudukan, sama dengan 14.7K pekerjaan yang diperoleh pada bulan September – pencapaian yang agak memuaskan.
- GDP Jerman : Khamis. Kebimbangan kemelesetan mungkin akan berlaku dalam laporan Keluaran Dalam Negeri Kasar untuk suku ketiga. Ekonomi terbesar zon euro dijangka merosot sebanyak 0.1% pada suku yang berakhir pada September selepas penurunan sebanyak 0.2% pada suku kedua. Dua kali berturut-turut penguncupan memberi gambaran terhadap kemelesetan, dimana pandangan ahli politik boleh dianggap sebagai “teknikal.” Ia mungkin akan memberi tekanan pada euro dan juga memberi gambaran yang suram untuk ekonomi global.
- Jualan runcit AS : Jumaat. Penggunaan yang kukuh memberi kesan kepada ekonomi, tetapi data pada bulan September agak mengecewakan dimana penurunan sebanyak 0.3% dan 0.1% dalam jualan. Laporan bulan Oktober mungkin menunjukkan data yang lebih baik – kenaikan 0.1% dan 0.3% dalam jualan runcit.