Tumpuan pada data pengguna dan penutupan kerajaan AS mungkin diteruskan…
Dolar AS terus pulih dapat kelihatan pada lonjakkan minggu lepas, adakah ia mampu terus meneruskan kenaikan pada minggu ini? Tumpuan minggu ini adalah pada data-data Inflasi dan jualan runcit di Amerika Syarikat serta kami jangkakan mungkin penutupan kerajaan AS diteruskan…
Jom lihat apa yang bakal berlaku pada minggu ini dengan berita-berita yang agak menarik!
Kebimbangan yang semakin meningkat terhadap pasaran yang kian goyah tentang kelembapan global yang sedang berlaku. Suruhanjaya Eropah dan Bank of England kedua-dua telah menurunkan angka jangkaan pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Perbincangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat dijangka tidak akan dipercepatkan malah belum ada tarikh untuk mengadakan mesyuarat bersama Presiden China Xi. Dolar Australia pada minggu lepas telah mengalami kejatuhan akibat kenyataan RBA bahawa mempunyai ruang bagi pemotongan kadar faedah negara itu. Kiwi juga menjunam akibat peningkatan terhadap pengangguran di New Zealand. Dolar Kanada meningkat selepas laporan pekerjaan yang cemerlang.
- GDP UK : Isnin. UK akan mengeluarkan data pertumbuhan Domestik Kasar (KDNK) bagi laporan suku keempat untuk bulan Disember dan menjadikannya penerbitan ini penting. Selepas kadar pertumbuhan yang kukuh sebanyak 0.6% pada Q3, jangkaan kelembapan besar berlaku untuk Q4 jangkaan kali ini pada 0.3%. Disember juga tidak kelihatan sebarang pertumbuhan. Jika data KDNK memenuhi jangkaan, tumpuan beralih pula kepada pengeluaran perkilangan dijangka meningkat sebanyak 0.2% pada bulan Disember.
- Keputusan kadar New Zealand : Rabu. Selepas negara itu telah melaporkan peningkatan dalam pengangguran pekerjaan, Kenyataan RBNZ boleh mengalihkan nada kepada yang lebih dovish. Kadar faedah dijangka kekal tidak berubah pada 1.75% walaupun data dan prospek terhadap ekonomi global yang merosot. Kejatuhan kiwi juga telah menyokong kenaikan eksport. Gabenor Adrian Orr memberi kenyataan pada bersidang media dan RBNZ akan mengeluarkan laporan inflasi suku tahunan.
- Laporan inflasi UK : Rabu. Inflasi berada pada tahap 2.1% bagi bulan Disember, tepat pada sasaran 2%. Laporan untuk bulan Januari dijangka menunjukkan penurunan kepada 1.9%. Harga tenaga jatuh disebabkan penurunan dalam inflasi. CPI Teras dijangka kekal tidak berubah.
- Laporan inflasi AS : Rabu. Sebarang kenyataan dari Rizab Persekutuan masih dalam pemerhatian kerana inflasi kini masih rendah. IHP Teras berada pada paras 2.2% y / y pada bulan Disember dan tiada perubahan penting dijangkakan. CPI bulanan diramalkan akan meningkat sebanyak 0.1% pada bulan Januari selepas penurunan skala yang sama pada bulan Disember. CPI teras jangkaan untuk 0.2% m / m, sama seperti sebelum ini.
- GDP Jepun : Rabu. Data-data Jepun tidak menggerakkan yen, tetapi data GDP kali ini berbeza. Ekonomi Jepun menyusut sebanyak 0.6% pada suku ketiga. Negara ini tidak termasuk dalam kemelesetan ekonomi global dengan Q4 KDNK dijangka meningkat 0.4%.
- GDP Jerman : Khamis. Menurut perancangan bank pusat, Jerman adalah ekonomi terbesar di zon euro hampir terkesan dari kemelesetan yang melanda. GDP dilaporkan pada Q3 sebanyak 0.2%, sebahagian besarnya disebabkan peraturan baru terhadap pengeluaran kenderaan pada zon euro dijangka berkembang sebanyak 0.1% pada Q4. Walau bagaimanapun, Keadaan yang tidak berkembang pada suku kedua berturut-turut menyebabkan data ekonomi amat mengecewakan.
- Jualan Runcit AS : Khamis. AS akan mengeluarkan laporan jualan runcit untuk bulan Disember telah tertangguh kerana penutupan kerajaan. Jualan runcit telah meningkat sebanyak 0.2% pada bulan November dan sama untuk jualan teras. Walau bagaimanapun, Kumpulan Kawalan melonjak sebanyak 0.9%. Data untuk bulan Disember mungkin lebih sederhana. Jualan runcit dijangka meningkat sebanyak 0.1%, jualan teras kekal rata, dan kumpulan kawalan tidak mungkin mengulangi peningkatan yang sama. Data-data ini memberi kesan kepada kepada ekonomi Amerika Syarikat.
- US PPI : Khamis. Laporan ini berbeza dengan jualan runcit, laporan Indeks Harga Pengeluar adalah bagi bulan Januari. Laporan PPI menurun sebanyak 0.2% pada bulan Disember dan kini dijangka meningkat 0.1%. Teras PPI juga tergelincir sebanyak 0.1%, jangkaan kali ini peningkatan sebanyak 0.2%.
- Pengundian Brexit di Parlimen UK : Pengundian kali ini bakal ditunda sehingga akhir Februari. UK PM Theresa May terus cuba meyakinkan rakan sejawatnya di Eropah untuk meminda perjanjian Brexit dan mengubah teks yang mengikat secara sah mengenai penghalang dari Ireland. Cadangan PM May berulang kali telah ditolak. Inisiatif cadangan dari parti Buruh untuk menawarkan sokongan sebagai balasan untuk hubungan yang lebih baik dengan EU yang sama seperti dengan rangka negara Norway. Jika ada perjanjian baru, ia akan dibawa ke Parlimen ke arah Brexit Day, 29 Mac, 2019.
- Keyakinan Pelanggan AS : Jumaat. Sentimen Keyakinan Pelanggan University of Michigan menurun kepada 91.2 mata pada bulan Januari selepas mencatat hampir 100 mata pada bulan sebelumnya. Ia akan menjadi menarik untuk melihat apakah sentimen pada pembukaan awal bulan Februari. Penutupan kerajaan dan sedikit kelembapan dalam ekonomi juga telah memberi impak.
- Tarikh tutup penutupan kerajaan : Jumaat. Kerajaan AS akan dibuka semula selepas penutupan terpanjang dalam sejarah sehingga 15 Februari. Penggubal undang-undang akan bergegas untuk mencapai persetujuan bagi memastikan ia terbuka. Presiden Donald Trump menegaskan pembiayaan untuk dinding sempadan di sempadan Mexico walau parti Demokrat menentangnya. Rundingan ditetapkan untuk mempercepatkan sepanjang minggu dan kebanyakan penganalisis mengharapkan resolusi yang positif, tetapi apa saja boleh berlaku dan mengubah suasana pasaran.